Pemansuhan ISA Gamis

Gamis menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 960 (ISA) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia 2011 pada 15 September 2011.Dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Kerajaan Malaysia juga memansuhkan Akta Buang Negeri 1959.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 dikaji semula selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Tranformasi ini adalah tempias gelombang Perhimpunan Bersih 2.0 dan titik tolak penentuan tarikh PRU ke-13.[2]